Selasa, 17 Ogos 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS TAHLIL DAN BERBUKA PUASA SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH BATANG PADANG 2010

INFO:
TARIKH : 26 OG0S 2010 ( Khamis )
TENTATIF :
6.00 Petang - Majlis Tahlil
- Berbuka puasa & Solat Maghrib
- Solat Tarawih
TEMPAT : Surau An-Nur, SMADBP ( Tahlil ), Kantin (Berbuka Puasa )

*Pihak PIBG juga mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada tuan / puan bagi menjayakan majlis ini. Tuan / puan adalah dibenarkan membawa pulang anak tuan / puan setelah majlis selesai.

Khamis, 29 Julai 2010

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ



TARIKH / HARI : 16 JULAI 2010 ( JUMAAT )
TEMPAT : SURAU AN-NUR, SMA DAERAH BATANG PADANG
MASA : 10.00 - 12.00 TGH HARI
PENGISIAN PROGRAM: i) CERAMAH ISRAK MIKRAJ
OLEH : AL-FADHIL TN.HJ.KHAIRUL BASRI B. OSMAN
(Penolong Pegawai Tadbir Agama ,Pejabat Agama Daerah Tapah )
ii) Majlis Penyampaian Bantuan Zakat Tahun 2009
iii) Kuiz Sempena Sambutan Israk Mikraj













Rabu, 14 Julai 2010

MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-3

INFO:
Mesyuarat AJK PIBG kali ke-3 telah diadakan sebagaimana maklumat berikut:

TARIKH: 1 JULAI 2010
MASA: 3.30 PETANG -4.55 PETANG
TEMPAT:BILIK MESYUARAT, SMADBP

Mesyuarat tersebut telah berjalan lancar dan dihadiri oleh AJK-AJK PIBG yang telah dilantik. Pelbagai isu telah dibincangkan dan mendapat maklumbalas yang positif daripada semua AJK yang hadir...

Selasa, 20 April 2010

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN "SELEMBAR KASIH SEGULUNG HARAPAN"

INFO:
Insya Allah PIBG SABK Daerah Batang Padang Bidor akan mengadakan program motivasi keibubapaan,berikut adalah makluman berkaitan program tersebut:
NAMA PROGRAM:Program Motivasi Keibubapaan
TEMA: Selembar Kasih Segulung Harapan
ANJURAN :Anjuran bersama PIBG dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
TARIKH: 26/04/2010
HARI:Sabtu
MASA: 8.00-1.00 Tengahari
TEMPAT:Dewan Utama Sekolah.

Semua ibubapa/penjaga dijemput hadir...

Selasa, 23 Mac 2010

MESYUARAT KALI PERTAMA SESI 2010/2011

Tarikh:23/03/2010
Hari: Selasa
Masa: 3.00-5.00 petang
Tempat:Bilik Mesyuarat Sekolah

Info:
Alhamdulillah petang tadi jam 3.00 petang Mesyuarat PIBG kali pertama bagi sesi 2010/2011 berlangsung..Ahli mesyuarat kali ini juga merupakan ahli yang baru dilantik di dalam mesyuarat agung yang diadakan pada bulan januari yang lalu..Mesyuarat dikendalikan oleh YDP PIBG iaitu En Adnan..segala perbincangan dan gambar-gambar berkaitan mesyuarat insya allah akan dipaparkan pada catatan yang akan datang..

Selasa, 2 Mac 2010

TAZKIRAH


Hadith

Hadith :
Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”

(Muslim)
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim

TIPS MENDIDIK ANAK-ANAK

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.

mendidik anak-anak tanggungjawab ibu bapa

Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?”

Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”

Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
• Saidul (penghulu) Istighfar,
• Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9),
• Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
• Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:
• Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128),
• Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
• Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah
• Menakutkan dengan tempat gelap
• Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
• Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur


3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Menegur anak secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”

Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.